counting days

Daisypath Anniversary tickers

October 7, 2022

Salam 6 Bulan anakku

Assalamualaikum..




Tak terlambat bukan untuk umi nyatakan "Salam 6 Bulan Anakku".

Diam tak diam, dah nak masuk 7 bulan 3 minggu dari sekarang.

Diam tak diam hampir 6 bulan aku jadi seorang umi untuk seketul SM.

Rasa macam baru semalam lahirkan seketul SM.

Aku punya rancangan sendiri,

Tapi ALLAH adalah sebaik baik perancang.

DIA kurniakan SM disaat aku tak memikirkan soal anak.


K E K O K.

Namun aku perlahan-lahan untuk adapt situasi baru.

Aku dah terbiasa bangun malam.

Aku dah terbiasa.

Aku Sayang anakku, SM.


Semoga ALLAH pelihara keselamatan dan kesihatan anakku dimana jua dia berada.

Aku juga doakan siapa sahaja yang tengah TTC dikurniakan anak juga. cepat atau lambat.

ALLAH itu ada.


Buat anak umi, SM

Umi sayang kamu. kamulah nyawa umi.

terima kasih sudi duduk dalam rahim umi selama 9 bulan,

permudahkan segala urusan umi. tanpa alahan, rasa sakit yang sementara.

jadi anak yang solehah untuk umi dan abi.

Umi tak sempurna,

tapi umi cuba sediakan yang terbaik untuk anak umi.

begitu juga abi mu.


Salam Sayang,

Umi.