assalamualaikum
saat kita sedang menghitung hari bila kesedihan yang datang akan tamat, bila saatnya Tuhan akan gapai kita dan peluk erat kita dalam diam, dalam tak sedar kita punya dua pilihan sama ada berlari jauh dari Tuhan kerana kita terlalu kecewa dengan kejatuhan yang Dia kongsikan atau kembali pada Dia.
untuk setiap rasa kecewa, duka, jatuh, celaka, kita sentiasa ada Dia yang malangnya kita sering lupa saat kita gembira, bahagia.
sebenarnya, ada kemanisan dalam setiap kejatuhan yang tak pernah kita minta kerana kita terlalu asyik meraikan rasa yang tidak tidak hingga kita alpa bahawa ada rasa yang lebih berharga daripada segalanya.
Tak sayang. kita bukan tergolong dalam orang-orang yang derita senantiasa. kita sentiasa bahagia, akan selalu dipeluk bahagia jika bahagia yang kita punya kita berkongsi dan Dia telah mentakdirkan.
iaitu Tuhan Yang Esa.
Allah
No comments:
Post a Comment
terima kasih :)