counting days

Daisypath Anniversary tickers

October 10, 2015

buat Wa.

assalamualaikum



memetik kata-kata Aisyah Rais pada ruangan review filem Once;

"Dalam kehidupan, ada nama-nama yang akan kita ingati sepanjang hayat dengan momen-momen tertentu yang sama ada mendatangkan kemarahan, ketenangan, kelucuan, tapi yang pasti pengajaran. Nama-nama ini bukanlah dari kalangan ibubapa, adik-beradik, atau saudara mara kita. Tapi nama-nama yang kau jumpa sebelum berjumpa dengan seseorang yang tepat untuk kau yang menjadi 'buku lama' atau 'buku yang sempat aku baca semasa singgah di satu kedai buku' yang mengajar kita tentang apa itu sebenarnya rasa cinta"


Dan kau, adalah salah satu momen dan nama yang akan aku ingat selalu. aku belum punya kesempatan untuk ucapkan apa-apa  kata atau ucapan terima kasih kerana kau adalah 'buku yang sempat aku baca semasa singgah di satu kedai buku' belum sempat aku lanjutkan bacaan, aku terpaksa pergi tanpa membeli kamu. dan akhirnya, tiap kali aku melalui 'kedai buku' hanya mampu melihat engkau dari jauh dengan harapan mampu memiliki kamu.

Cuma ini ruang yang ada untuk aku;kamu. di ruang lain kita masih tiada apa. pergi kelas, balik kelas. tiada perbualan. hanya pandangan dari jauh. menghargai detik-detik di kelas. moga kau sentiasa dipeluk bahagia, wa. aku tak pernah lari, masih ada, cuma kau tak perasan. aku terpijak henyak oleh lautan gadis yang meminati kau.

masih disini,
Faraa Markonah




No comments:

Post a Comment

terima kasih :)