assalamualaikum
entah mengapa, jari masih belum mahu berhenti dari menaip bait-bait "indah". entah mengapa rasa ini masih dibelenggu walhal hati ini telah digula-gulakan mereka. ya. kecelakaan dalam hidup merupakan satu kemestian. kalau kau belum rasa sisi kecelakaan hidup maknanya kau belum betul-betul hidup. hari-hari gembira bakal dilengkapkan dengan hari-hari celaka dimana pada waktu itu kau akan rasakan kejatuhan demi kejatuhan yang tak henti-henti!
celaka dunia sedang melengkapkan hidup aku dengan sedikit campuran rasa galau dan pahit pedih dihimpit dua batu besar dan aku sedang berusaha mengalihkan rasa sakit itu dengan menyendiri, menikmati keindahan di sekeliling aku. "indah", benar! sakit, ya masih.
aku sedang melakonkan watak seorang robot yang kaku tanpa perasaan dalam wayang gambar hita-putih-berwarna. cuma watak aku yang di-hitam-putih-kan sepanjang penceritaan keseluhannya di Taman Pelangi yang di abstrakkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik.
wayang pun belum bermula, layar baru diturunkan tapi penonton sudah berpusu-pusu keluar. hambar katanya.celaka dan hambar. kombinasi ini mampu menjadikan hidup anda lebih menyeronokkan!
indah-celaka-indah-bahagia-jatuh-celaka-celaka-celaka. bahagia.
celaka.
Nahh,raikan kecelakaan mu.
moga celaka ini hanya sementara. moga celaka ini adalah sebagai pengajaran indah buat aku.
No comments:
Post a Comment
terima kasih :)