counting days

Daisypath Anniversary tickers

April 26, 2017

pensyarah yang bias

assalamualaikum



1. bias

2. terima kasih kerana menghilangkan respect aku pada tenaga pengajar seperti kalian. terkilan, cukup terkilan. perjumpaan yang seharusnya hanya aku dan dia, yang bisa diselesaikan antara kami berdua tanpa campur tangan pensyarah ditukar kepada perjumpaan bersama pensyarah yang bersifat berat sebelah, menganggap sentuhan seorang lelaki terhadap perempuan itu seolah-olah tidak perlu dibesarkan hanya kerana mereka lembut.

3. pelajar yang menyentuh aku membuatkan aku salah faham berkaitan dengan apa yang dia post di fb mahupun di status whatsapp, tidak disalahkan atas alasan media sosial ada hak individu walhal pensyarah tersebut pernah memberitahu kami tentang ketidakperluan mengupdate status berkenaan hal hal seperti itu bagi mengelakkan salah faham mereka yang membaca. tidak lupa juga beberapa orang yang menyakinkan aku berkenaan pelajar tersebut telah membuat laporan polis hanya kerana terasa dirinya diancam (ancam sangat)

4. biarpun aku kelihatan kalah kerana memohon maaf akibat daripada salah faham itu, aku bukan sejenis manusia yang bermuka-muka dan kaki mengampu. terima kasih sekali lagi kerana pensyarah seperti kalian yang bias. aku akan tetap tidak akan menarik laporan polis yang telah aku buat. buat mereka yang menyentuh aku, kalian silap dalam membuat percaturan. aku tidak akan duduk diam bilamana kalian cuma meletakkan salah hanya pada aku walhal kalian yang memperbesarkannya. Terkejut bukan bilamana aku menyahut apa yang kalian gembar gemburkan itu? Tu yang sampai babitkan lecturer padahal diri sendiri yang memandai spread rumours kat social media :)

ps: aku menulis bukan kerana aku mahu memanjangkan cerita. aku cuma bercakap perihal pensyarah yang berat sebelah yang hanya memenangkan sebelah pihak. seperti yang pensyarah aku nyatakan, media sosial adalah hak individu dan aku juga menulis kerana hak menulis di media sosial adalah hak aku juga. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih :)