counting days

Daisypath Anniversary tickers

March 25, 2018

Benih; bunga

Assalamualaikum.



semua orang mampu menanam-menyemai benih tapi tak semua mampu jamin benih yang dia tanam mampu membuahkan hasil, mampu membesar menjadi tanaman sebaiknya. tak, tak semua.

kau boleh tabur benih sana, sini. tapi pengakhirannya kau sendiri mahu fokus pada satu benih cuma. beri cukup baja, siram cukup air supaya dia dapat membesar, hasilkan bunga yang mekar.

jadinya, jika kau tabur benih dalam kawasan aku, aku akan menghadkan segalanya. kerana apa? kerana aku tidak mahu pohon yang kau sibuk tanam di daerah aku sebenarnya pohon penuh duri. separuh jalan, kau mulai. lupa pada pohon tadi dan bakal sengsara, aku. iya kan kawan?

mungkin juga bila sudah mulai selesa, kau mulai fikir yang bunga apabila mulai kembang bakal terus-terusan kembang tanpa perlu kau siram dan baja. salah! ia bakalan layu dan mati kawan.

sebelum terjadinya luka dalam di kawasan pegangan aku, aku pasang pagar tinggi. benih tanaman kau boleh disemai diluar. harum bunganya masih bisa aku hidu tapi tajam durinya. takkan mampu merosakkan aku.

mohon hati-hati bila berpijak di kawasan larangan kerana sejak awal dulu telah aku pagarkan dengan racun. namun, ada waktu dan ketikanya racun itu langsung tak memberi apa-apa pada kamu tapi terkesan pada aku. 

sekarang ini ada anak benih yang mulai mendominasi sebahagian kawasan tanaman. apabila putik bunga mulai kelihatan, cepat-cepat aku cantas pohonnya.

aku cuma tidak mahu terleka, nanti-nanti dengan harum bau bunganya dan membiarkan diri ditusuk duri-duri halus yang sikit-sikit bakal meranapkan diri.

ps; terima kasih.

No comments:

Post a Comment

terima kasih :)